PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF


Assalamualaikum warahmatullah wbt.


Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya.


Selamat datang saya ucapkan kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Majlis Daereah Kinabatangan


Tujuan Laman Web Rasmi Majlis Daerah Kinabatangan ini diwujudkan ialah untuk keperluan penyediaan portal yang mesra pengguna untuk penyampaian perkhidmatan kepada orang awam. Oleh itu, laman web ini telah diwujudkan sebagai medium ataupun platform interaktif bagi penyaluran maklumat, hebahan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Majlis Daerah Kinabatangan.


Harapan saya agar semua pengunjung dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi serta perkhidmatan yang telah disediakan. Saya juga mengalu-alukan segala maklumbalas, cadangan serta idea yang membina bagi tujuan penambahbaikan laman web ini.


Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan idea dan masa ke arah pembangunan laman web ini. Adalah diharapkan agar Laman Web Rasmi Majlis Daerah Kinabatangan berjaya menjadi landasan penyaluran maklumat yang berkesan dan berkualiti, selari dengan pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam untuk merakyatkan perkhidmatan yang mesra pelanggan serta bersifat inovatif.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Majlis Daerah Kinabatangan


Sekian,


ZULDAHRI BIN HJ. TUJOH

Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Kinabatangan